0

puding keladi sweet

Posted by sYu on 9:04 PM
godek2 jumpa balik resepi ni..gile lama tak buat..haaa kan dah nampak pekdah buat blog utk remind resepi.sedap gak nihh!nyum2!

kamera zaman dolu2 tak canggeh nak..
kelabu asap je..hehh

Bahan-bahan:
Sebiji keladi (agak2 dlm 400-500 gm)
1 paket agar-agar (yg harga RM3 tu)
2 kotak kecil santan
2 biji telur
Esen vanilla (ros atau pisang pun bole, depend pd korang punye taste)
Pewarna merah dan ungu(campuran merah dan biru boleh menghasilkan ungu jugak tau)
Gula
Sedikit garam halus

Cara-cara:
1.    bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian iaitu ½ untuk lapisan tengah, ¼ untuk lapisan atas dan ¼ lagi untuk lapisan bawah.potong agar2 dengan gunting sebelum direndam untuk memudahkan kerja.
2.    Kupas keladi dan bilas dengan air bersih. Kemudian parut keladi tersebut.
3.    1 kotak santan dibahagi 2, tuangkan dalam cawan. Masukkan sebiji telur ke dalam setiap cawan tadi. Pukul telur sehingga sebati dengan santan.

Lapisan bawah 
1.    masak agar2 dengan air untuk lapisan bawah dahulu. Setelah agar2 hancur, masukkan setengah cawan gula, kacau sehingga sebati.
2.    masukkan sedikit pewarna merah.kacau sehingga sebati.
3.    masukkan bancuhan santan + telur, kacau dan pastikan api adalah slow.
4.    masukkan esen vanilla dan sedikit garam.
5.    setelah selesai, tuangkan dalam loyang yang bersesuaian.

Lapisan tengah
1.    masak agar2 dengan air, setelah hancur, masukkan 1 ½ cawan gula dan kacau sehingga sebati.
2.    masukkan sedikit pewarna ungu (jika keladi putih, guna warna.jika tidak, abaikan sajer)
3.    masukkan 1 kotak santan tadi, kacau sebati dan masukkan keladi yang telah diparut.
4.    masukkan esen vanilla dan sedikit garam. 
5.    masak lebih kurang 10-15 minit, sehinggalah keladi masak. 
6.    tuangkan di atas lapisan pertama tadi.

Lapisan atas (ulang sama seperti lapisan pertama tadi)


love:


0

soto bajet best

Posted by sYu on 8:42 PM
resepi soto ni dapat drpd cikgu sekolah, bff la jugak kiranya nie.nmpk je mcm panjang,tapi senang je nak buat tu.. bahagian sup,begedil dan kicap pedas tu je.tu yg nampak macam banyak..

gambar lama juge..kacakla jugak.hehh

Bahan2:-
-1 ekor ayam (potong 4)
-rempah 4 beradik (cengkih,bunga lawang, kayu manis,buah pelaga)
-2 sup bunjut
-2 sudu rempah sup Adabi
-1 biji bawang besar (hiris halus)
- 3 cm halia (diketuk)
- 5 ulas bawang putih (diketuk)

Cara2:-
1) masukkan lebih kurang 2liter air dalam periuk.agak2 boleh lemaskan sekor ayam dlm tu.hehh
2) masukkan kesemua bahan kecuali ayam
3) setelah mendidih masukkan ayam, tunggu sampai ayam masak
4) setelah masak,keluarkan semula ayam,toskan.siat2kan halus isi ayam untuk dimakan nanti.
5) tulang ayam boleh masuk dlm periuk balik.lagi lama masak sup ni laaagi sodappp

Bahan begedil:-
- 6 biji ubi kentang (kalau nak banyak begedil,tambah lagi)
- 2 cawan isi ayam (isi ayam mentah, blend halus)
- daun sup (hiris halus)
- bawang goreng (aku bli yg siap je.kalau rajin,boleh buat sendiri)
- sedikit garam (kentang dah masih,so jgn lebih2)
- serbuk jintan putih(optional)

Cara2:-
1) hiris nipis2 ubi kentang,pastu goreng dlm kuali dengan minyak byk la jugak.dah garing skit, toskan,pastu tumbuk dalam lesung batu.kasi penyek gitu..penyek betul2,agak2 senang nak gaul dgn bhn lain nnt.
2) ubi kentang yg dah penyek tadi,gaulkan dgn isi ayam.
3) pastu gaul dgn semua bhn kat atas.
4) bila dah siap uli2 semua,bulat2kan saiz syiling 20sen.syiling 50 sen pon boleyy..duit kertas singgit pon boleyy..ikut tekak masing2 k ;p
5) panaskan minyak, celup telur dan terus goreng.
6) pastikan sorok di empat tersembunyi slps menggoreng,sbb sgt sdp.kot habis dulu.hahaha

Bahan kicap pedas:-
- kicap manis (agak2 tenggelam semua bahan.)
- secekak bawang goreng
- 5 ulas bawang putih
- secekak cili kecil (terpulang nak guna cili api pon boleyy.telinga berasap tanggung sendiri)
- garam dan gula secukup rasa

Cara2:-
1) blend semua bahan. kicap pedas ni mestilah pekat.kalau cair aku rasa tak best lak.dan rasa dia hala ke manis baru best.tp terpulang pd tekak memasing jugee
2) suda siaaaaap..

boleh makan dengan bihun atau nasi himpit.aku suka bihun lagi,feveret foreva...taburkan daun sup dan bawang goreng juga.makan panas2 memang terangkat...hehhh..bai

love:




0

laksa penang kawww

Posted by sYu on 5:55 PM
ini resepi wajib.makanan kegemaran myHabib.satu bungkus laksa untuk dia sorang je.dan aku pulak bukan peminat laksa.tak percaya?dulu memang aku tak percaya bila adik2 ipar cerita.tapi dah lihat sendiri memang sah!hantu laksa..hantu pun tak mcm dia kot.hahahaha.
gambar lama yang kurang kacak.hehh! 

ok merapu memang keje aku setiap hari.oo ye,ni resepi yang aku biasa buat,kurang pedas sebab habib tak suka pedas.berpuluh kali buat baru kena dengan selera orang utara tunggal dlm famili aku ni.jom!terus kepada resepi >>>>>>

Bahan2:-

-1 bungkus laksa (manusia normal boleh mkn 6 org lebih kot..;p)
-ikan kembung/selayang 1kg
-cili kering 6-7 keping atau cili api 4-5 biji
-bawang merah 5biji (nak tukar dgn bawang besar 1biji)
-1 batang bunga kantan
-1 ikat daun kesom
-belacan besar ibu jari
-2 asam keping (bergantung pada jenis asam keping,aku guna yg jenis masam sgt. kalau yg kurang masam boleh buh 4-5 keping)
-air rebusan ikan (boleh tambah mengikut kepekatan yang disukai)
-garam secukup rasa
-MSG? say no to MSG.aku guna bahan ori saje.kalau nak guna,ikuk panda munglah.hehehe
-Ulam : salad, bawang besar, timun (hiris memanjang dan nipis)

Cara2:-

Laksa
1) rendam dalam air sampai agak2 kembang skit .ini untuk memastikan gas anda tidak digunakan dengan banyak,gas pun mahal leni bohhh..
2) rebus sehingga lembut dan sesuai dimakan begitu saje!
3) toskan dan tunggu sehingga kuah masak pulak
4) alternatif : beli laksa kilo kat pasar.org tganu lebih suka laksa kilo drpd yg paket ni

Kuah laksa
1) rebus ikan sampai masak.oo yea,jangan lupa siang ikan tu.ekekekeee
2) toskan,air tu guna balik untuk buat kuah
3) asingkan isi ikan,blend sampai hancussss...masukkan dalam periuk berisi air rebusan tadi
4) blend kasar tulang ikan, toskan air tulang masuk dlm periuk.
5) blend bawang+cili+belacan, masukkan dlm periuk.
6) belah 2 bunga kantan,masukkan dlm periuk.
7) daun kesum,buang batang yang kasar.masukkan dlm periuk 
8) masukkan asam keping. garam secukup rasa
9) kacau sampai mendidih,dah ok rasanya,boley lah hidang.

** boleh tambah telur rebus kalau nak.
** utk kepedasan berganda,gandakan jumlah cili ye.
** resepi MIL aku campur isi udang lipan dan ikan tongkol,laaaagi superbbb!

love:



0

kayu keramat a.k.a pak tongko a.k.a cakoi?

Posted by sYu on 6:36 AM
jadikan gambar ni entry pertama boley??
cun jugak.
bukan ada idea pun nak post banyak-banyak.
almaklum la,bukan rajin gilerrr masuk dapur.
buat blog ni pun sebab frust,
 siyesly aku lupa cara buat kayu keramat ni (nama komersial kuih ni kat terengganu).
1st time buat,memang campak2 je,suka hati tangan aku je.
memang gebu gebasss tau,
tapi lepas tu aku buat lagi, kurang pulak lembutnya.
pengajaran,aku nak tempek resepi supaya aku senang refer bebila masa jer.
hehhhh...babai!



Copyright © 2009 nota masak All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.